How do designers get ideas?
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat dan mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya idea itu datang di pengakhirannya. Penghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumberantaranya:ilmu yang sedia ada (dari sekolah/IPTA dari kawan senior),pengalaman, pembacaan, rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi dan lain-lain lagi. Idea perlu di korek dari minda anda sendiri dan jari-jemari.Walaubagaimanapun idea itu tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yanag terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.
CONTOH-CONTOH POSTER YANG DIHASILKAN MELALUI SEBUAH IDEA
Menurut Philips,J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basic, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan diantara pengguna komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kretiviti dan percambahan pemikiran idea. Tidak dinafikan elemen kretiviti manjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual.
Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adkalanya kita perlu buat samada follow the rules of breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik terutama penggunaan teks dalam imej.