Studio Grafik Komputer

Your description goes here

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Popular Posts

Hello world!
Righteous Kill
Quisque sed felis

About Me

Popular Posts

Thumbnail Recent Post

Righteous Kill

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in ...

Quisque sed felis

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in ...

Etiam augue pede, molestie eget.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in ...

Hellgate is back

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit ...

Post with links

This is the web2feel wordpress theme demo site. You have come here from our home page. Explore the Theme preview and inorder to RETURN to the web2feel home page CLICK ...

Followers

Archive for May 2012



LOGO


DEFINISI LOGO


Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) yang berbentuk 2-dimensi atau 3-dimensi, warna atau monokrom , geometri atau organik, abstrak bagi mewakili identiti korporat bagi sesebuah syarikat, produk dan perkhidmatan. Logo terbahagi kepada empat jenis: logo huruf, logo simbol, logo representasi, dan logo ambigram.


1)LOGO HURUF (typographic marks)
Logo huruf atau logo typografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trade mark berbentuk imej logo. Logo berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti (garisan, imej, rupa organik atau geometri, warna) di dalam kandungan logo bagi memperkembangkan lagi identitinya.


1.1)CONTOH TUTORIAL MENGHASILKAN LOGO HURUF


2)LOGO SIMBOL (symbolic marks)
Logo simbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk kedalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif). Terutama dalam penambahan unsur-unsur figura (rupa: organik, geometrik, abstrak dan berbentuk: 2-dimensi atau 3-dimensi)


2.1)CONTOH TUTORIAL MENGHASILKAN LOGO SIMBOL


3)LOGO REPRESENTASI (Discriptive marks)
Logo representasi atau dikenali dengan scriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhidmatan pelanggan.


3.1)CONTOH TUTORIAL MENGHASILKAN LOGO REPRESENTASI


4)LOGO AMBIGRAM
An ambigram is a typographical design or artform that may be read one or more words not only in its form as presented, but also from another viem point, or orientation. The words readble in the other viewpoint, direction or orientation may be the same or different from the original words. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a "calligraphic design that manages to sequeeze two different reading into the selfsame set of curves." Different ambigram artist (sometimes called ambigramist) may create completely different ambigrams the same words or word.


4.1)CONTOH TUTORIAL MENGHASILKAN LOGO AMBIGRAM


PROSES DALAM MENGHASILKAN LOGO
Proses mwnghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat atau individun itu sendiri. Perlu diingatkan bahawa penghasilan logo bergantung kepada kretiviti seseorang individu yang menghasilkan logo tersebut berdasarkan pemahaman terhadap asa seni reka (unsur seni & prisip rekaan).


LANGKAH-LANGKAH PEGHASILAN LOGO


LANGKAH PERTAMA
Sebelum menghasilkan logo, mestilah memilih tema, fon, warna, imej, atau grafik yang sesuai dengan logo yang hendak dihasilkan. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat, syarikat tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediaada. maklumat asas peghasilan sesebuah logo mestilah diketahui oleh pereka logo.


LANGKAH KEDUA
Sebelum menghasilkan logo, mestilah mengumpul seberapa banyak idea yang boleh melalui rujukan buku-buku logo, internet, majalah, dan menghasilkan draf (thumbnail) reka bentuk logo yang hendak dihasilkan. Logo yang direka bentuk mestilah asli dan tidak boleh tiru dari hasil logo yang orang lain hasilkan. Reka bentuk logo tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang boleh dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.


LANGKAH KETIGA
Sebelum menghasilkan logo, pilihan atau unsur warna perlu ditentukan dengan betul bertujuan bagi menentukan memberi kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atau pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakan logo yang hendak dihasilkan pemilihan warna tidak boleh melebihi 3 warnabagi menghasilkan logo yang bagus, tetapi ianya tidak terikat dengan penggunaan tiga warna sahaja. Penggunaan warna 'gradient' hendaklah dielakkan. 


LANGKAH KEEMPAT
Setelah membuat pilihan logo yang hendak dihasilkan melalui lukisan draf yang terbaik, bolehlah membuat rekaan dengan menetukan komposisinya, reka letak dan grafik. Asas seni reka perlu dijaga dan di ambil berat dalam menghasilkan logo. Logo yang dipilih hendaklah tetap 'legible' apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Tujuannya ialah, apabila ianya dibuat salinan ianya tidak berubah. penggunaan vektor (perisian illustrator) adalah sofware yang sesuai dalam menghasilkan sesebuah logo berbanding bitmap (photoshop).


LANGKAH KELIMA
Seterusnya, proses yang terakhir dalam menghasilkan logo adalah terhadap huruf, imej, warna, grafik dan sebagainya gengan memberi maksud yang rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian reka bentuk logo. Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kad nama, smapul surat, surat rasmi, risalah dan lain-lain. Akhirnya terhasil sebuah logo dan dicetak.


CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM MENGHASILKAN LOGO


1)Fon  atau muka taip yang digunakan dalam logo huruf ringkas perlu ditentukan mada fon serif, fon san-serif, fon skrip, dan fon dekoratif. Ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk 3-dimensi.


2)Dari segi tema mempunyai maksud dan pengertian untuk membuat logo. Mesej pula metilah ringkas dan padat.


3)Warna hitam dan putih sesuai untuk permulaan sketsa dan ianya dapat menunjukkan keupayaan logo berfungsu dalam keadaan tanpa menggunakan warna. Warna hitam ialah simbol kepada kekuatan, kuasa, bertekad kuat dalam mencapai matlamat. Warna putih pula melambangkan kesucian dan keikhlasan. Salah satu daripada proses menghasilkan logo yang bagus ialah dengan menghasilkan seberapa banyak thumbnail.


4)Warna asas, warna sekunder,warna tertier yang terkandung dalam roda warna memainkan peranan penting dalam membangkitkan emosi dan perasaan. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning. Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu. Warna yang digunakan mestilah mempunyai maksud yang tertentu dalam logo tersebut.


5)Warna complementary ialah merupakan warna bertentangan di dalam roda warna seperti warna biru dan orange, hijau dan merah, kuning dan unggu. Warna orange mempunyai simbol melambangkan personaliti seseorang yang berazam kuat dan simbol kreatif.


CONTOH-CONTOH LOGO:


\

TAKRIFAN ISTILAH LOGO
      Menurut Levenson (1995) logo ialah 'a combination of characters and or graphics to create a single design that is use to identify a company, it is often trademarked and is always include on all company prited material'. 
      PEMENTEL (1997) pula menyatakan bahawa , reka bentuk logo 'provide a quick visual short hand for all the meaaning, assosiation and equity associated with a brand'.
      Hassan Mohd Ghazali (2000) pula menyatakan bahawa logo ialah lambang atau tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan dan sesuatu aktiviti.
      Moriako dan Adams (2004) mentakrifkan logo sebagai simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea.
      Guitton (2006) pula, reka bentuk logo perlu mempunyai nilai, konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam kehidupan di dunia.
      Cheung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identiti dan first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat ape yang mereka berikan.




TAIPOGREFI (what is typography)

Tipografi boleh dilihat disekeliling kita seperti signage, tiket kerete api, iklan, banner dan lain-lain lagi sehinggakan apa yang kita guna dan lihat hampir semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.

Merujuk kepada buku yang ditulis oleh Squire (2006) bertajuk "Getting It Right with Type" kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dalam memahami dan mendalami ape yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaanya.Setiap terminologinya perlu diketahui  seperti technical, wordspacing, leading hubungan antara huruf dan imej dan lain-lain. 

Bagi seorang pelajar pereka bentuk grafik, dan tenaga pengajargrafik munkin ianya tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinya. Tetapi, jika ianya melibatkan mereka yang tidak tahu (non-designer), ianya akan menjadi satu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun, pada hari ini dengan adanya komputer semua elemen-elemen dan terminologi yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehinggakan pada setiap perisian yang digunakan seperti word, illustrator, photoshop, indesign, flash digunapakai dalam taipografi.

DEFINISI TAIPOGRAFI
Taipografi ialah 'the art of designing printed products according to aesthetic criteria'. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write) -
Heildberg Nems 1/98 volume 55.

Menurut pendapat Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi sebagai 'the use of different styles of types to express ideas, concept, and design'.Menurut Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, 'typography is the art of designing with type. Types is the ternm used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks make that words, sentences, and blocks of text. The term typeface refers to the design off all the characters mentioned above, unifeild by commen visual element'. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti Bold,Italic dan saiznya.

Memang tidak dinafikan bahawa taipografi memberi impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hampir semua media cetak dari era konvensional (platen style) kepada era digital.

Hari ini taipografi lebih mudah difahami dan dikenali dengan penggunaan elemen-elemen seperti: huruf, teks, fon, imej, warna tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi dan perananyan sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembukusan, atau identiti korporat, mahupun multimedia. elemen-elemen yang tidak boleh diketahui antaranya: anatomo, leading, kerning, pica, point, fon, readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila dimanipulasikan atau diaplikasikan ke atas kertas atau di skrin komputer.

Menurut pendapat Jury (2004), memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan, 'rule can be broken, but never ignored'. Ini adalah kerana tujuan cetakan huruf atau perkataan supaya ianya boleh dibaca.Taipografi mempunyai hubungkaitnya dengan percetakan, malahan diperingkat awalnya bermula di German dan tidak dilupakan juga di Negara China.

Dalam kehidupan harian kita dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat, begitu juga denga produk komunikasi seperti blog, facebook, yahoo messenger, logo, sistem poskad semuanya mengandungi elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaanya.

Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantaraan dan mainan dalam komunikasi dan penilisan dengan adanya sms, twitter, mms. Tidak dinafikan bahawa taipografi menjdai sangat penting dan begitu popular dalam kalangan generasi-y sekarang ini. tanpa taipografi akan menjadi sukar dalam melaksanakan sesuatu yang berkaitan dengannya.

CONTOH-CONTOH TAIPOGRAPHY HURUF



Penggunaan taipography melaui huruf dan nombor dan simbol samaada dari bahasa melayu, cina, india dan sebagainya boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, simbol yang hendak disampaikan. Kretiviti dan imaginasi dalam menggabungkan huruf memerlukan penyusunan yang teratur.Menurut Resnick (2003) 'letterform can be altered and manipulated to become both the image and a message '.

CONTOH-CONTOH TAIPOGRAFI HURUF DAN IMEJ




Menurut Stoklosa (2005), imej dan huruf mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Reka bentuk imaj dan huruf sangat luas penggunaanya dan keberkesanannya amatlah mengkagumkan apabila dihasilkan.

CONTOH-CONTOH BITMAP TAIPOGHRAFI



Tugasan seni digital (bitmap taipografi) adalah kepakaran atau kretiviti pelajar dalam menggunakan perisisan illustrator atau photoshop dalam menghasilkan taipografi huruf/perkataan dalam bentuk 2-dimensi atau 3-dimensi,subjek matter: bebas, fon serif atau sen-serif, effect etc.


PRODUCT & PACKGING
Pembukusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, hadiah, cecair, ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran dan lain-lain. Bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti: carton board, corrugated cardboard, plastik, multimaterial, dan waterproof board.


Tujuan utama boleh mereka bentuk sebuah package. Bermula dengan mengambil saiz kotak yang hendak digunakan, kemudian dengan kretiviti pelajar menggunakan perisian illustrator atau photoshop dalam menghasilkan bentuk 2-dimensi dan package yang dipilih.


Reka bentuk logo perlu dimasukkan perkara berikut seperti: logo, alamat syarikat, net weight, bar code, isi kandungan, logo halal, due date, cutomer support line, motto/tema, nama produk, teks dan imej reka bentuk yang dipilih.


YELLOW IN JAPAN:is assosiated with courage(keberanian)
BLUE IN CHINA:is a colour for little girl
RED IN SOUTH AFRICA:is the colour of mouring
GREEN IN ISLAM:is associated with paradise


"Packaging is a specialized area of the graphic design profesion. Package designer must be knowledgeable about a range of constuction and technical factors.They must be familiar with materials ang their qualities, like glass, plastic, cardboard, paper, metal and with manufacturing , safety, display, recycling ang packging regulation as well as printing.


Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekana ke atas pembungkusan ialah:reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon 2-D atau 3-D dan saiz). Pemilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, nama motto dan tema produk yang dihasilkan.


Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah penmbungkusan antaranya:
*menjadi ia boleh berfungsi
*mengkaji bahan yang digunakan dalam proses yang digunakan
*memahami konsep guna semula atau kitar semula
*tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2-D atau 3-D
*mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap pembungkusan
*mereka bentuk pembungkusan supaya ianya nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
*membuat kajian pembungkusan jenama yang lain
*mereka bentuk pembungkusan yang menyerlah dan tersendiri
*penggunaan warna yang sesuai
*kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan pembungkusan.


Proses mereka bentuk pembungkusan adalah merupakan satub proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan tiliti supaya ianya dapat menghasilkan setu reka bentuk yang baik serta berkesan. Persoalannya di mana mulanya?. Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh membantu kecuali dengan mencuba dan terus mencuba yang bermula dengan beberapa draft atau thumbnail sketches.


Bagi mereka yang mahir dalam menggunakan adobe illustrator atau photoshop, langkah pertama yang perlu dilakukan kemungkinan bermula dengan imej atau gambar yang import dari laman web atau imej folder. Jika tidak lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage.Walaubagaimanapun, idea bagi setiap orang berbeza, dan tidak menjadi satu kesalahan jika jika mengambil idea dari reka bentuk yang sedia ada atau yang berkaitan dengan subjek matter yang hendak dihasilkan.




Faktor pertama yang perlu diketahui dalam peghasilan packaging ialah Identification yang merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan 
yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asas kepada mereka bentuk pembungkusan.Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, Logo, Warna, tanda harga, bahan yang diguna pakai, imej, teks, atau peratusan diskaun yang dipamerkan oleh penjual.


Faktor kedua yang perlu diketahui dalam penghasilan packging ialah functionality. Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat  dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi .Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut  men ingkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli.Walaubagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama saada ianya mudah atau sukar untuk difahami.


Faktor ketiga yang perlu diketahui dalam penghasilan packaging ialah Personaliti yang merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik,serta memberi impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik. Dalam mempengaruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama. 


Faktor yang keempat yang perlu diketahui dalam penghasilan packaging ialah novigation yang merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari dimana memperolehi produk yang dijual. Fakor ini sama dengan faktor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada: tipografi, warna, jenis, hurf, rupa, dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.

Dengan empat faktor yang dinyatakan di atas dalam menghasilkan sesebuah packaging akan dapat membantu pereka bentuk grafik dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang menarik, sesuai, menarik dan berkesan.


CONTOH-CONTOH TEMPLATES PACKAGING:





How do designers get ideas?
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat dan mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya idea itu datang di pengakhirannya. Penghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumberantaranya:ilmu yang sedia ada (dari sekolah/IPTA dari kawan senior),pengalaman, pembacaan, rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi dan lain-lain lagi. Idea perlu di korek dari minda anda sendiri dan jari-jemari.Walaubagaimanapun idea itu tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yanag terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.


CONTOH-CONTOH POSTER YANG DIHASILKAN MELALUI SEBUAH IDEA








Menurut Philips,J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basic, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan diantara pengguna komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kretiviti dan percambahan pemikiran idea. Tidak dinafikan elemen kretiviti manjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual.


Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adkalanya kita perlu buat samada follow the rules of breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik terutama penggunaan teks dalam imej.

WHAT IS GRAPHIC DESIGN

     Tidak dinafikan bahawa saada dari media cetak atau media elektronik item reka bentuk grafik akan terus digunapaki dan diletakkan pada satu tahap yang mana ianya akan menjadi satu keperluan sampai bila-bila oleh setiap pengguna tanpa mengira peringkat umur, jantina, bangsa. Logo dan branding, laman web, penerbitan,majalah,risalah,iklan, tv, pembungkusan, adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik.


      GRAFIK adalah satu proses yang berterusan ianya akan melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer) . Grafik kerap kali merujuk kepada sesuatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.



      Apa dia reka bentuk grafik? kepada siapa kita nak bertanyakan soalan ini? adakah perlu kita mencari jawapannya? bagaimana jawapannya? hari ini ada pelbagai jenis jawapan dan definisi yang diberikan oleh ahli-ahli akademik mahupun pereka bentuk tentang apa dia sebenarnya reka bentuk grafik.


       Dari dulu hingga sekarang, saya kerap menyebut perkataan grafik atau grahic design dalam memahami dan memperkatakan tentang perkara yang hendak dibincangkan dalam buku ini. Menurut Resnick (2003) graphic design the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere-in our homes in the restaurant we frequent, on the streets we walk, on the highways we drive in the movies and theaters we attend and in every shop we enter.. Apa lagi yang tinggal?
          
        Tidak dinafikan bahawa samada dari media cetak atau media elektronik item reka bentuk grafik telah dan akan terus digunapakai dan diletakkan pada suatu tahap yang mana ianya akan menjadi satu keperluan sampai bila-bila (unstopable) oleh setiap pengguna tanpa mengira peringkat umur, jantina atau bangsa. Logo dan branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar dan buku) iklan, tv, handphone, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik. Pergi sahaja ke Mcdonald, KFC, Burger King atau k3 KLCC ada saja kelihatannya penggunaan grafik.
         


 PROSES REKA BENTUK GRAFIK

        Grafik adalah satu proses yang berterusan-ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer) grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.



        Menurut pandangan LANDA (1996) memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah-langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah:

i)restate the problem in your own words.
ii)do any research that needs to be done.
iii)think with your pencil or mouse in your hand.
iv)choose your three bestthumbnail skecthes and turn them into roughs.
v)choose your best rough and turn it into a comp.

         Menurut pandangan Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan, proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat utama:

i)define the problem and establish the objektive
ii)do the research
iii)develop the ideas by brainstorming
iv)analyze ideas in terms of the project objectives 
v)impliment the final

         Menurut pandangan Victor Cheung (2007) pula tertulis didalam bukunya yang bertajuk Logo Logy menyatakan tentang case study (tugasan dibahagikan kepada empat bahagian)


i)assignment (the background of the specific project)
ii)development (from reaserch to concept)
iii)solution (what the final outcome is)
iv)application (as simple it many seem for the last part)


Kesimpulannya, kita akan dapati bahawa proses reka bentuk tidak mudah seperti yang disangka.walaupun ada mouse dan pensil ditangan unless kiranya kita nak buat plagiarism.
Sebenarnya tidak ada jalan pintas sekiranya kita nerkehendakkan sesuatu yang excellent dan berkesan. Ikut sahaj ape yang disyorkan kerana mereka designer kerana mereka telah melaluinya dengan pengalaman yang berliku-liku.


FORMAT GRAFIK

Terdapat dua file yang utama dalam reka bentuk grafik iaitu file bitmap (pixmap) dan file vektor. Bitmap boleh dikenali dengan rupa titik (a grid of dot) yang sangat kecil samada hitam putih , gray atau warna bagi setiap pixels (zero one zero). Bitmap digunakan untuk tempat menyimpan file imej digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas atau kabur.


Fungsi vektor antaranya boleh dibesarkan atau dikecilkan , dilukis semula, atau apa sahaja tanpa merosakkan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, geometrik, organik) yang  berlandaskan (mathematical equetions) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana file vektor bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya: TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PIDTF, RIP etc



Dpi-dots per inch
         Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetak dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, manakala mesin cetak seperti laserwritter 300 dpi dan mesin photo imagasetter boleh melenihi 2540 dpi. ppi-pixels per inch

Proof copy
        Adalah penting sekali setiap tudasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan dan penambaikan keatas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan membuat pemilihan seperti yang dikehendaki.

EPSF-Encapsulated postscript file
         File ini merupakan satu imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data postscript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka samada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain

JPEG-Joint photographic expert group
         Piawaian keatas imej boleh dipermudahkan iaitu fle tersebut menjadi ringan (reolution yang rendah) dan mudah untuk diguna semula.

RIP-Raster imaje processor
          Satu alat yang boleh diprogramkan bagi menterjemakan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

TIFF-Tagged image file format
           Format file grafik ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MS-DOS menggunakannya.


CONTOH GAMBAR GRAFIK:



                                                     SELF POTRAIT(PROMOTE UPSI)



i) Tugasan ini mengunakan sotware Adobe photoshop sahaja.
ii) Hasil kajian saya dan pendapat dari kawan-kawan serta kerjasama daripada pensyarah dapat juga saya 
    menyiapkan  tugasan ini dengan cemerlang.     
iii) Lokasi gambar-gambar ini diambil di sekitar UPSI.
IV)Semua bangunan UPSI diambil bagi mendapat pilihan yang tepat dengan tema(mempromosi UPSI) 
v) Tugasan ini mempromosikan upsi dan saya menggunakan slogan'MELAHIRKAN GENERASI 
     PENDIDIK BERKUALITI'

                                PHOTO STUDY DI PASAR MALAM TANJUNG MALIM




i) Tugasan ini menggunakan software Adobe Photoshop untuk menyusun satu persatu mengikut
    keretiviti idea yang ingin dipersembahkan.
ii) Lokasi gambar ini adalah di Pasar Malam `Tanjung Malim` yang bertemakan 'Pasar Malam'
iii) Untuk mendapat gambar lebih jelas dan menepati kehendak pensyarah untuk tugasan berjalan
    lancar, saya meluangkan masa beberapa jam berada di pasar malam tanjung malim untuk mengambil
    gambar-gambar dengan menggunakan kamera DSLR.
iv) Dengan pertolongan kawan-kawan dan pensyarah serta rakan penjual di pasar malam 
    saya dapat menyiapkan tugasan ini
V)Dengan idea yang dipersembahkan akhirnya saya dapat menghasilkan poster daripada idea saya sendiri.


                                                           (DUOTE) TYPOGRAPHY





i) Tugasan ini dilakukan dalam kelas pada 21/4/2012 pada hari sabtu 8pm-10pm didalam lab 10 Pentagon
ii) Tugasan ini berlangsung selama 2jam dan diawasi oleh pensyarah saya
    iaitu Dr Ridzuan Hussin
iii) Tugasan ini menggunakan software Adobe illustrator dan tugasannya membuat
    taipografi mengikut kretiviti pelajar masing-masing
iv) Perkataannya diberi oleh Dr, ADALAH "every human being is a designer" dan saya mengolahnya menjadi seperti diatas
v)Tugasan ini dibuat berpasangan dengan rakan kelas dan setiap seorang mesti menghasilkan 1
   reka bentuk taipografi.



Pembungkusan

Synopsis

IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung  dan lain-lain produk. Reka bentuk pembungkusan yang dihasilkan akan digunakan pada dua kawasan iaitu di IKS Rembau dan di IKS Seremban, Negeri Sembilan.


kriteria yang perlu diberi penekanan :

reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut.


i) Tugasan ini menggunakan software Adobe illustrator dan Adobe Photoshop
ii) Hasil kajian tentang tugasan yang diberi, saya membuat keputusan membuat
    `packaging` produk biskut tat nenas keluaran IKS
iii) Untuk melengkapkan lagi packaging ini, saya meletakkan tanda logo halal
    logo buatan malaysia, tarikh luput dan lain-lain.
iv)Selain daripada itu, untuk mandapatkan hasil yang bagus, saya telah menghasilkan beberapa 
    jenis packaging dan akhir sekali yang dipilih adalah seperti yang dibawah.

Rujukan:

i) rujukan yang dilakaukan semasa hendak menghasilkan pembungkusan ini adalah 
  denganmerujuk kepada buku.
ii)Rujukan yang dilakaukan semasa henmenghasilkan pembungkusan ini adalah dengan merujuk 
   suber internet.
iii)Rujukan yang dilakukan semasa hendak menghasilkan pembungkusan ini adalah dengan merujuk 
    kepada     pemerhatian persekitaran/ekonomi.


CONTOH HASIL PACKAGING YANG DIHASILKAN OLEH SAYA :










Pelajar dikehendaki menghasilkan satu broucher yang bertemakan serangga. Saya telah memilih
kepelbagaian jenis serangga sebagai tema untuk menghasilkan broucher. Tugasan ini perlu dihantar dalam format PDFdan di print.

Tema Broucher: Kepelbagaian Jenis Serangga




i)Tugasan 5 ini dihasilkan menggunakan software adobe indesign yang sememangnya perisian ini 
  untuk menghasilkan broucher atau buku.
ii)Tema tugasan ini ditentukan oleh majoriti ahli didalam kelas.
iii)Tugasan ini dilakukan mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan satu broucher yang
    bagus.
iv)Tugasan ini dibuat dengan mengambil gambar2 serangga yang ada di Malaysia.